
MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI
Siri 16: Berkata Baik Serta Menghormati Jiran dan Tetamu
Orang beriman akan sentiasa menjaga pertuturannya kerana mereka menyedari bahawa banyak berbicara akan menyebabkan lebih banyak kesilapan. Apabila tidak mampu bercakap atau menulis dengan baik, diam adalah lebih baik.
Orang beriman juga akan sentiasa menjaga hak jiran dan berbuat baik sesama mereka, iaitu yang tinggal berhampiran sehingga 40 buah rumah. Menjaga hak jiran diwajibkan tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan. Mereka juga akan sentiasa memuliakan dan menghormati tetamunya sepertimana akhlak para nabi dan orang soleh. Memelihara hubungan sesama makhluk adalah sebahagian daripada ajaran Islam.
#Hadis40dihatiku
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia